DAP Cakap Tak Serupa Bikin ; #DAPtolakMelayu


Kongres DAP yang diadakan baru-baru ini telah dikecam teruk oleh pelbagai pihak. Malah, media pro-pembangkang terutamanya media alternatif mereka pun tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak berminat untuk mengulas Kongres parti itu.

Ada yang mengatakan bahawa tindakan itu sebagai 'protes dalam diam' yang tidak menyetujui mentaliti perwakilan DAP yang memalukan calon-calon Melayu semasa pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Dan ahkirnya, Guan Eng telah bersuara. Dan jangkaan MiM jika beliau bersuara menjawab isu ini, ianya bermaksud isu 'kekalahan kesemua calon Melayu DAP' adalah satu tragedi yang benar-benar telah menyusahkan kredibiliti dan imej DAP.

Di antara kenyataan Guan Eng :

"Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," katanya.

Ya, memang benar Guan Eng DAP 'tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan tetapi sebagai parti yang melaung-laungkan Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia, mentaliti perwakilan DAP sepatutnya selari dengan konsep itu bukannya memalukan calon-calon Melayu yang bertanding.

MiM percaya jika mereka benar-benar 'walk their talk', bukan satu tetapi kesemua calon Melayu akan dimenangkan. Apa tidaknya, komposisi peratusan kaum Melayu melebihi kaum-kaum lain di negara ini. Maka, jumlah wakil Melayu di dalam CEC DAP sepatutnya mencerminkan komposisi sebenar peratusan kaum di negara ini. [SETERUSNYA]

0 comments:

Catat Ulasan