#DAPtolakMelayu : Sememangnya Melayu Tiada Tempat Dalam DAP


ALOR SETAR - Calon Melayu yang bertanding untuk kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP ditolak bukan perkara baru kerana sejak dahulu lagi parti itu sering meminggirkan orang Melayu dalam perjuangan parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tiada yang pelik apabila calon Melayu tidak terpilih dalam CEC kerana DAP adalah parti yang sememangnya tidak mengalu-alukan penyertaan orang Melayu.

Beliau berkata, sememangnya orang Melayu tiada tempat dalam DAP dan pemilihan kali ini hanya untuk menyerlahkan senario berkenaan.

Menurutnya, tindakan DAP melantik dua wakil tidak lebih hanya untuk mengambil hati orang Melayu, tetapi tindakan itu tidak akan dapat memperdayakan Melayu selagi perjuangan parti tersebut hanya mirip kaum tertentu.

“DAP kononnya berjuang atas dasar kesamarataan kaum, tetapi dalam parti itu sendiri gagal membuktikan dasar berkenaan.

“Bagaimana mereka boleh bercakap soal kesamarataan kaum sedangkan dalam rumah mereka sendiri tidak mempraktikkan dasar itu,” katanya, semalam.

Ahmad Bashah berkata, pemilihan CEC kali ini membuktikan bahawa usaha DAP untuk mengambil hati orang Melayu gagal.

“Dalam senario di Kedah pula, DAP sememangnya tiada tempat bagi orang Melayu kerana perjuangannya tidak membela nasib kaum Melayu,” katanya. -SH

0 comments:

Catat Ulasan