Pas Mahu Mengambil Alih Tanah Wakaf Untuk Dijadikan Markas, Dibantah
PENDANG - Sekumpulan penduduk dari sekitar Kampung Huma Besar, di sini membuat laporan polis kerana mendakwa kepimpinan Pas mahu mengambil alih tanah wakaf Pondok Tarbiyah Awladiyah di kampung itu untuk dijadikan pusat pengajian dan markas parti tersebut.
Laporan polis itu dibuat oleh wakil mereka, Zolkfli Deris, 50, di Balai Polis Kubur Panjang, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini bagi menghalang kepimpinan, ahli atau penyokong Pas memonopoli institusi pondok untuk mengembangkan ideologi politik mereka.
Zolkfli mendakwa, kepimpinan Pas hanya menggunakan alasan mahu membina pusat pendidikan bagi mengambil alih kawasan tanah wakaf seluas kira-kira dua hektar itu yang pernah menjadi tempat pengajian agama berkonsepkan pondok sejak awal 50-an.
"Itu semua hanya alasan lama yang berulang. Alasan hendak buat pusat pendidikan tapi akhirnya mereka bercadang untuk membuat markas Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang.-UTUSAN
0 comments:
Catat Ulasan