Akhirnya Terbuka Hijab Anwar Ibrahim...


Hebat. Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.
Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan  Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru. Hebat susunan Anwar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat. Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.
Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-
  • Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
  • Masjid Negara
  • Masjid Jamek KL
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid UIA
Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.
Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.
Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara. - Gelagat Anwar
Ps: Persoalannya, adakah Si Ketua Penipu tu berani untuk angkat sumpah laknat terhadap diri dia sendiri untuk membuktikan yang dia tidak bersalah?

Banyak jugak persoalan yang timbul kerana sebelum ini dia enggan berbuat demikian. Jangan kata dalam Masjid je dia takut nak angkat sumpah.

Malah dalam Mahkamah pun dia tak berani nak angkat sumpah. Itu ke caranya dia nak membuktikan yang dia tak bersalah? Kalau betul dia berani, buat la. Jangan setakat cakap je pandai!!!

dipetik dari blog SEMUT HITAM

1 comments:

  • Brahim Nyior says:
    31 Disember 2011 pada 6:59 PG

    Kalau nak menipu semua orang dalam satu masa, memang mustahil.. Tapi itulah yang Anwar cuba lakukan.

Catat Ulasan