Selamatkan Madrasah Salihiah!!


Hari ini (Sabtu) isu penentangan terhadap cadangan merobohkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Alor Setar untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah akan sampai ke kemuncaknya. Ia berikutan satu himpunan yg turut diiringi dengan solat hajat akan diadakan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang. Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yg telah dibuat. Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah2 tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yg menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain. Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan. Sememangnya kita 'kagum' dengan ketegasan Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar yg tampil membuat laporan polis bagi menghalang himpunan tersebut diadakan. Tetapi kita juga ingin bertanya, apakah Dewan Pemuda Pas berkenaan sudah bertemu dengan penduduk di kawasan madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka?

baca seterusnya di blog MAT KILAU PENANG -klik!

0 comments:

Catat Ulasan