DAP Sudah Mula Rancang Siapa MB Jika PR Menang?


(Petikan: "...Cheng Hau berkata, jika orang bukan Melayu mahu menjadi menteri besar perlu direstui oleh kesultanan Melayu, mereka yang dilantik barulah boleh menjadi menteri besar. Syarat itu adakah kuasa mutlak Kesultanan Melayu, ataupun secara syarat adat pentadbiran (Formality) dalam perlembagaan itu, ini perlu diputuskan oleh pakar-pakar perlembagaan...")



------------------------
Sinchew Daily News

Perkara: DAP-siapa bakal MB Johor?
Ruangan: negeri Johor m/s 14
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)

Tajuk:

Pakatan Rakyat Akan Peroleh Keputusan Cemerlang Di Negeri Johor
Negeri Johor Negeri Barisan Hadapan PRU: Teo Nie Ching
Berita negeri

2hb Batu Pahat, timbalan setiausaha penerangan DAP merangkap ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata, pada PRU akan datang ini, Pakatan Rakyat yakin sepenuhnya mendapat keputusan kemenangan lebih baik di negeri Johor berbanding PRU lepas.

Teo Nie Ching baru-baru ini mengadakan latihan bimbingan pada ahli DAP untuk hadapi PRU di negeri Johor berkata, pengerusi strategi kebangsaan DAP Lim Kit Siang telah letakkan negeri Johor sebagai kawasan baris hadapan dalam PRU akan datang.

Nie Ching berkata, sebelum PRU 2008, negeri Johor dianggap sebagai negeri tersingkir keluar dari senarai, dan dianggap akan tersungkur semua kerusi, tetapi selepas PRU 2008, sebaliknya negeri Johor kelihatan api melawan arus itu tidak terpadam, masih dalam keadaan suhu yang hangat seterusnya semakin membara lagi.

Bagi mencapai matlamat yang ada, DAP telah hantar 3 orang pemimpin dari pusat menyusun kerja-kerja untuk hadapi PRU, calon tersebut ialah Pua Kiam Wei, Lock Siew Fook dan Teo Nie Ching. Diharap ahli-ahli DAP di sebelah utara, tengah dan selatan negeri Johor dapat membuat persediaan dengan rapi hadapi PRU akan datang ini, kerana negeri Johor letakkan sebagai negeri baris hadapan parti untuk melangkah ke Puterajaya.

Pengerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau menyeru semua gabungan parti Pakatan Rakyat di negeri Johor jangan dedahkan secara terbuka siapakah bakal calon menteri besar negeri Johor Pakatan Rakyat, supaya tidak terperangkap ke dalam kancah dakyah pihak lawan, dimana rakyat akan pertikaikan pemimpin Pakatan Rakyat dan nanti akan dituduh Pakatan Rakyat gila kuasa.

Cheng Hau berkata, jika orang bukan Melayu mahu menjadi menteri besar perlu direstui oleh kesultanan Melayu, mereka yang dilantik barulah boleh menjadi menteri besar. Syarat itu adakah kuasa mutlak Kesultanan Melayu, ataupun secara syarat adat pentadbiran (Formality) dalam perlembagaan itu, ini perlu diputuskan oleh pakar-pakar perlembagaan.


Persoalan daripada Keris mudah sahaja. Kemana perginya Chua Jui Meng yang dikatakan calon MB PKR di Johor?. Petanda perpecahan?

0 comments:

Catat Ulasan