Tolonglahhh... PAS Kedah Tak Layak Jadi Kerajaan Negeri!



Mc tengah sakit hati gila babas nih. Tadi petang drive dari Serdang Kedah hingga ke Selama Kedah, jalannya masyallahhh.. teruk gila babis laa.. Hinggakan ada satu selekoh tajam, sudah la tajam, jalan beralun kemudian berlopak, memang dahsyat la. Hampir-hampir terbabas, sedangkan pandu cuma 70KM saja..

Patut la kawasan tu orang panggil kawasan kemalangan, kalau macam tu punya jalan. Naik basikal pun jatuh!!

Dulu rasanya, masa zaman BN perintah Kedah, tak pula jadi perkara yang teruk macam ni.

Jalan di Kedah sekarang ni, dah jadi serupa zaman Jepun dulu. Buruk dan teruk!

Mc ni jenis suka merantau ke daerah ke satu daerah. Hampir keseluruhan jalan raya negeri di Kedah BERMASALAH!!

Pusat bagi peruntukan suruh buat jalan, hangpa pakai bayar gaji kakitangan. Sekarang ni, duit peruntukan jalan pun habis. Jalan rosak teruk, hangpa nak pebaik jalan pakai apa pulak. BULU?

Senang cerita macam ni la.. kalau lepas ni Pas terus memerintah Kedah, pakai bankrup la Kedah.

Kata duit berjuta ada kerajaan negeri simpan, kenapa tak pakai untuk baiki jalan ni? Simpan untuk apa?

Pas Kedah memang tak relevan lagi untuk mentadbir negeri. Dalam mesyuarat dengan PBT pun, puak ahli majlis yang dilantik (dari pihak Pas) dok bangkang sesama sendiri. Sedangkan mereka tu kerajaan, tapi mereka masih lagi dok gila membangkang. Bukan nak mencadang!!

Alang-alang suka membangkang, apa kata kita bagi balik jawatan pembangkang pada Pas Kedah. Supaya ringan sikit beban mereka. Tak payah fikir macam mana nak jaga negeri, kerja hangpa lepas ni bangkang saja, ok!


dipetik dari blog KEDAH KE KL

0 comments:

Catat Ulasan