[Akhbar Cina] DAP Guna Skrip PKM Untuk Tubuh Republik Sosialis?
[Nota: Kelihatan seolah-olah DAP cuba menggunakan skrip yang hampir sama dengan skrip Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengabui mata rakyat dan memberi harapan palsu bahawa mereka akan mengetuai sebuah negara seperti PKM mengabui mata rakyat ketika itu dengan menggambarkan bahawa mereka akan mengetuai sebuah Republik Komunis Malaya.
Cuma bezanya kali ini, mereka lebih memahami realiti bahawa negara Komunis tidak akan wujud di negara ini selagi umat Islam berpegang teguh dengan agama mereka. Walaupun begitu mereka masih berusaha untuk mengagung-agungkan pemimpin komunis yang zalim melalui beberapa cubaan.
Biarpun mengagungkan pemimpin parti komunis, slogan negara komunis telah dilunakkan menjadi sosialisme, sehingga orang Melayu yang kurang teguh pegangan aqidah mereka turut terpedaya dan menganut fahaman yang sama. Negara yang ingin ditubuhkan, bukan lagi Republik Komunis Malaya, tetapi sebuah negara sosialis. Republik? Yup, itu cita-cita mereka, sebab dalam kamus sosialis dan komunis, tidak ada istilah Institusi Raja-raja Melayu. Hari ini mereka bersetuju mengekalkan Perlembagaan, tetapi belum tentu mereka akan bersetuju di masa hadapan.
Melayu dipergunakan? Pada zaman komunis, memang ada Melayu yang gila kuasa dan hilang pertimbangan kerana berpegang kepada fahaman ekstremisme, yang mudah dipergunakan.
Dap sosialis? Tidaklah kita sudah nampak belang kapitalis mereka keluar terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang dan kenyataan mereka untuk membuka pasaran dalam bidang ekonomi. Dengan kuasa ekonomi, bukan susah sangat untuk membeli beberapa orang Melayu, apalagi Melayu yang terdesak dan berkepentingan diri.]
China Press
Dalam Negeri berita Campuran m/s C4
27 Januari 2012
Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan
Kerajaan: Chua Sok Lek
26hb Labis, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.
Homo cun ni tak suka PKM.Homo cun ni suka sayangku dan kote bengkoknya sahaja.