Bebaskan Anwar 901, Pemuda Persoalkan Sikap Majlis Peguam
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.
"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.
Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku.
dipetik dari blog BROJINGGO
0 comments:
Catat Ulasan