Panas!! Haji Hadi Terkejut Bila Tahu Nik Aziz Cuba Menipu??



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengambil sikap berdiam diri berhubung kenyataan EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyangkal memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS ketika mengadakan pertemuan bersama kepemimpinan tertinggi parti itu, baru-baru ini. 

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika ditanya mengenai Dr Hasan, sebaliknya hanya memberi isyarat tidak mahu memberi sebarang ulasan perkara itu selepas mengadakan kuliah Jumaat di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Dr Hasan menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikan terhadap dasar parti itu pada pertemuan bersama kepemimpinan tertinggi parti di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, di sini, baru-baru ini.

Penafian itu sekali gus menolak kenyataan Nik Aziz bahawa Dr Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengemukakan permohonan maaf kepada pucuk pimpinan parti. 

Dr Hasan dilaporkan berkata, soal beliau turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan media adalah tidak benar sama sekali. 

Pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu dihadiri Dr Hasan; Nik Aziz, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. 

Sementara itu, Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, sudah tiba masanya untuk Nik Aziz melepaskan jawatan parti atau bersara daripada politik kerana tidak lagi mampu membuat penilaian tepat terhadap isu berbangkit. 

“Terbaru dalam kes Datuk Dr Hasan Ali. Dia tak minta maaf pun, tapi Nik Aziz kata dia minta maaf. Orang cakap lain dia faham lain. Jadi macam mana nak memimpin lagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

“Sudah tiba masa untuk Nik Aziz berundur kerana keadaannya sekarang yang semakin uzur dan tidak lagi mampu mentadbir dengan berkesan,” katanya.

. dipetik dari blog EMPAYAR PEMUDA .

2 comments:

  • anak kel says:
    1 Januari 2012 pada 10:26 PTG

    tak apa menipu. tipu untuk kebaikan.

  • anak kel says:
    1 Januari 2012 pada 10:28 PTG

    aji adi pon pernah juga tipu tipu

Catat Ulasan