BOBOI Join UMNO... PAS Mahu Pikat OSBON???


Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.


Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan ‘double standard’ kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.


“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.


baca seterusnya di blog JENDELA MAYA

0 comments:

Catat Ulasan