Kenyataan Rasmi Hospital Tentang Kecederaan Safwan Anang & Kematian Pelajar IPTA Semasa Rusuhan UPSI.

MiM mendapat maklumat terbaru bahawa Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan yang di alami oleh Safwan Anang, perusuh haram di UPSI pada Ahad lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.

Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!

KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HaprakahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini. 

Begitu juga dengan pembohongan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR seperti laporan di bawah :



HaprakahDaily Tipu!
MalaysiaKini dan Nik Nazmi PKR Tipu!

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan juga telah membuat kenyataan menafikan kononnya seorang daripada pelajar UPSI telah meninggal dunia semasa demo haram Ahad lepas.
Anda boleh nilai sendiri betapa jentera media pro-pembangkang telah banyak menabur fitnah untuk memburuk-burukkan pihak polis dan kerajaan BN.

Mereka begitu berani berbohong secara terang-terangan semata-mata mahu memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.


MiM juga telah menulis artikel tentang laporan perubatan Safwan Anang dan Amar Rasyidi yang ternyata berbau pembohongan dan fitnah yang nyata.

Sila baca :
 2 Laporan Doktor Perubatan : Kecederaan Amar Rasyidi & Safwan Anang Semasa Rusuhan UPSI Yang Disebabkan Oleh Polis.


Inilah jentera Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Apakah kita masih mahu mempercayai Anwar Ibrahim dan pencacai-pencacai beliau lagi?

1 comments:

  • Aliffnajmi says:
    5 Januari 2012 pada 6:14 PTG

    munafik!!!

Catat Ulasan