Bongkar!! Ada Mahasiswa Salahguna Baucer Buku RM200??!


Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia.


Baru-baru ni, pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia merupakan hadiah yang bermakna bagi mahasiswa. Mana tidak, sekurang-kurangnya dapatlah juga buat tambahan membeli buku-buku khususnya buku pengajian. Tidak kurang juga, ada juga telah siap buat senarai buku yang hendak dibeli. Nikmat jauh lebih baik berbanding koleksi nota-nota dan buku-buku fotostat.

Cuma, baru-baru ni juga, terkejut MU bila terjumpa post ini.

Ada yang tukar jadi baucar tunai?
Benarkah?

Desas-desus ini juga turut diakui oleh TNC HEP Unimas, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. <Klik sini>

 MU terjumpa pula post ini,

 
++++
MU kagum dengan keprihatinan barisan kepimpinan MPPUUM mungkin hanya sekadar memo di FB. Tahniah.!!!
+++++++
Belek-belek fb, MU terjumpa pula gambar ni.


Kepada rakan-rakan MU, gunakan baucar ini sebaiknya. Rasanya tak sukar untuk terapkan nilai syukur tu. Mesti ada sebab kita dapat baucar dan bukannya cash kan? Mungkin kalau dalam bentuk cash, baucar buku tu takkan jadi buku.

Ada lagi yang UPDATE..MU terjumpa lagi...info dari KPT




Tahukah rakan-rakan?
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM260 juta untuk BB1M untuk kira-kira 1.3 juta mahasiswa.

p/s: Pesanan untuk rakan-rakan MU dan peringatan untuk MU sendiri. Jangan ralat sangat nak tunaikan atau belanja habis baucar, kerana kita boleh guna vaucar ni sampai sampai 31 Mac 2012Gunakan secara berhemah. Kalau ada rasa yang tak nak baucar tu, hulur-hulurkanlah kepada yang berminat. Baucar tu datangnya dari duit rakyat yang sering kali dilaungkan. Oleh itu, MU harap Mahasiswa semua dapat gunakan amanat yang diberi dengan sebaikknya. Manfaat buku tidak ada penghujungnya..Tunai akan habis dalam sekelip mata jika tidak digunakan sebaik mungkin.

# Terima kasih Kerajaan untuk baucar ni.

0 comments:

Catat Ulasan