Nik Aziz & Haji Hadi Panas Telinga Bila Denger Ceramah Ustaz Kazim Ni??!




EP rasa kalau Hasan Ali tegur Nik Aziz atau Hadi Awang, mungkin sekarang ni dia masih lagi bersama PAS, paling teruk pun kena tegur je tapi Hasan Ali dah buat satu kesilapan yang besar dan tidak mungkin dimaafkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz iaitu menegur DAP dan Anwar Ibrahim.

Bagi Nik Aziz dan Had Awang, DAP dan Anwar itu bak permata yang menyinari PAS..tidak ada sesiapa pun boleh tegur..bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit..tu yang sampai kena pecat tanpa ada sebarang pengadilan....


PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.


Keputusan PAS pecat Hasan Ali itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur. Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan PAS pecat Hasan Ali itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS,” kata Abdul Hadi.
dipetik dari blog -EMPAYAR PEMUDA-

0 comments:

Catat Ulasan