Game 'AKU JIMAT' Persendakan Rosmah??



Wartawan Malaysiakini hari ini mempromosikan game "Aku Jimat", apa dah tak ada berita sangat ke yang hendak dilaporkan? Banyak lagi perkara yang berlaku dalam negara Malaysia ni... kenapa hal game budak-budak pula yang hendak di war-warkan melalui portal politik?

Pada pendapat aku game ini di lihat seperti mahu mempersendakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor? Macam ni punya kes pun ada...

Laporan Malaysiakini: Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.


Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).


Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

1 comments:

  • penyokongketuanan says:
    20 Januari 2012 pada 7:33 PG

    Dah kantoi fitnah cincin, game bodoh macam ni pun boleh jadi modal hentam orang. macam orang tak matang aje.

Catat Ulasan