Hidup Afdlin Shauki Sengsara Selepas Join UMNO??


Umum memang mengetahui anak seni ini, Afdlin Shauki Aksan, 40, mengambil keputusan untuk menyertai UMNO awal tahun ini bersama-sama teman seperjuangannya, Harun Salim Bachik.

Ketika dihubungi oleh MyNewsHub untuk mengetahui perkembangan lanjut hidupnya selepas memasuki parti politik terbabit, Afdlin dengan mesra memberitahu dia tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan.

Bagi Afdlin, cukuplah dengan kenyataan yang dia berikan ketika sidang akhbar yang dibuat oleh UMNO dan keterangan lanjut yang dia tulis di laman blog dan juga di Facebooknya.

“Saya tak naklah perkara ini dibesar-besarkan lagi dan cukuplah apa yang saya nyatakan ketika press conference lepas,” kata Afdlin.

Dengan tegas, Afdlin menyatakan tiada niat atau perkara yang tersembunyi yang ingin dia lakukan apabila memasuki UMNO.

Sebaliknya, dia amat menyokong ideologi yang dibawa oleh UMNO dan sentiasa dengan prinsipnya iaitu membetulkan apa yang tidak betul.

Pun begitu, Afdlin sempat memberitahu satu perkara yang dia tidak tekankan sewaktu di sidang akhbar lepas di mana tujuan utama dia memasuki UMNO hanyalah kerana untuk membantu membangunkan industri seni tanah air.

“Sebelum ini, terlalu banyak masalah yang timbul dari luar dan dalam industri seni dan semua itu tidak dapat diselesaikan.

“Jadi, bila saya masuk UMNO, mungkin pendapat dan masalah yang saya suarakan kepada pihak-pihak tertentu akan didengar dan diselesaikan termasuklah hak-hak artis, penghibur, pelakon dan penggiat industri seni.

“Selain itu, saya juga berharap agar semua pihak berusaha untuk menaik taraf industri seni kita dan bukan hanya dari pihak korporat sahaja yang buat,” terang Afdlin di sini hari ini.

Afdlin juga berharap agar setelah dia memasuki UMNO akan berlaku sedikit perubahan yang selama ini dia harapkan.

Ketika ditanya tentang penerimaan peminat-peminat dengan keputusannya melibatkan diri ke dalam bidang politik, Afdlin percaya ada di kalangan mereka yang pasti marah dan tidak setuju.

Namun, bagi Afdlin, dia tidak boleh mengubah tanggapan itu kerana peminat-peminatnya mungkin mempunyai pandangan atau ideologi yang tersendiri.

Cuma, dia tidak mahu dirinya ‘dipolitikkan’ dan biarlah dia melakukan transformasi ini untuk memperjuangkan kehidupannya untuk masa depan dan sebagai jaminan kukuh buat generasi akan datang termasuklah anak-anaknya.

Terbaru, Afdlin sedang giat menguruskan persembahan teater komedi yang berjudul ‘Lawak ke derr?’ yang akan dipentaskan pada bulan Februari ini di Istana Budaya dengan dibarisi oleh pelawak-pelawak terkenal seperti Johan Raja Lawak, Zizan Raja Lawak dan Harith Iskandar.

Selain itu, Afdlin bakal mengeluarkan filem-filem seperti ‘Berani Punya Budak’, ‘Pontianak Vs Orang Minyak’, ‘Papadom II’, ‘Boboi The Movie’ pada tahun ini juga dan dalam usaha untuk mempertemukan semula empat ‘adik-beradik’ untuk filem baru Baik Punya Cilok.

0 comments:

Catat Ulasan