Jam Loceng Digunakan Untuk 3 Pengeboman Di Kompleks Mahkamah??



Berdasarkan maklumat PDRM, jam loceng di atas digunakan dalam kes Jerangkap Rekaan Elektrik (Warna Merah). Menurut PDRM lagi, jam loceng ini adalah murah dan mudah diperolehi di mana-mana kedai terutama di sekitar Kuala Lumpur. Keistimewaan jam loceng ini adalah mempunyai angka-angka yang berwarna-warni. Pihak PDRM di dalm kenyataan media mereka mengesa orang ramai yang telah atau pernah menjual jam berkenaan berwarna merah sebanyak tiga (3) atau lebih supaya tampil memberikan maklumat.


Dalam pada itu, blogger-blogger mesra Kerajaan telah bersepakat untuk menyumbang bagi menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini beberapa blogger sudah bersetuju menyumbang mengikut kemampuan mereka. Diharap lebih ramai lagi blogger-blogger Pro-Kerajaan akan tampil memberi sumbangan.

Blogger Pena KSJ bersetuju menyumbang sebanyak RM50.
Blogger Double Y bersetuju menyumbang sebanyak RM100.
Blogger Bro Jinggo bersetuju menyumbang sebanyak RM100.
Blogger Cucu Tok Selampit, iaitu saya sendiri bersetuju menyumbang RM200.

Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah tempoh hari dinaikkan kepada RM10,450.

0 comments:

Catat Ulasan