Jom Tengok SIJIL yang Dikeluarkan untuk Penyokong BERSIH 2.0 dan SEKSUALITI MERDEKA!




Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .

Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.




Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang Islam. Inisalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.(sila lihat Non-Islam Religious (control of Propogation among Muslims) Enactment, 1988, Selangor (No. 1 of 1988) lih. seksyen 4, 5, 6, dan 8.  



Sebelum mereka mendedahkan pendirian mereka terhadap isu meruntuhkan dinding Penjara Sungai Buloh untuk membebaskan Anwar, banyak perkara lain lagi yang perlu BAR Council jelaskan kepada rakyat.

Pada kami di MyMassa, kami masih lagi tertunggu-tunggu apakah pendirian BAR Council terhadap isu MURTAD yang terang-terangan melanggar peruntukan dalam Perlembagaan! Jangan hanya BERANI mengadakan forum kebebasan MURTAD semata-mata kerana terdapat klausa hak untuk bebas beragama dalam Perlembagaan.

Bila pula hendak adakan forum mengenai Perkara 11 di atas?!!


baca seterusnya di blog MYMASSA


0 comments:

Catat Ulasan