Khalid Ismet Pelajar UM Yang Kian Mengejar Carta Glamour Selepas Adam Adli & Safwan Anang...


Adam Adli sudah diakui ramai sebagai pemegang takhta pelajar IPT yang menjadi sebutan dan paling laris di alam maya. Sehinggakan pada waktu-waktu musim peperiksaan ini beliau telah diusung ke hulu dan ke hilir untuk memberi ceramah mengenai kejayaan beliau "mengajar" Kerajaan tanpa takut diambil sebarang tindakan.


Ini disusuli dengan Muhammad Safwan Anang yang terkenal dengan ilmu kebalnya. Diberitakan Safwan Anang adalah dari keturunan "Wolverine", satu watak lagenda di dalam siri X-Men. Ini berikutan berlakunya sesuatu yang ajaib selepas beliau telah dikeluarkan (discharge) daripada Hospital Tanjung Malim, sehari selepas beliau dimasukkan ke dalam hospital berkenaan. Yang Ajaibnya, semalam beliau telah diberitakan tenat, sakit badan dan patah beberapa tulang rusuk.

Seorang lagi pelajar IPT yang sedang meningkat naik namanya adalah Khalid Ismet, pelajar jurusan Undang-Undang daripada Universiti Malaya. Khalid diberitakan pada masa kejadian semalam telahpun mengadakan perbincangan secara baik dengan OCPD Tanjung Malim. Sayangnya, skrip yang diberikan kepadanya memerlukan beliau untuk melawan dan bertindak liar sehinggakan beliau terpaksa ditahan dan dibawa ke balai.




CTS ingatkan dengan berbadan besar maka semangat dan keberanian juga besar. Rupanya tidak. Beliau menangis meraung-raung apabila ditanggap. Cheh! Ini saja taraf pejuang yang dilatih oleh AnuWar Ibrahim. Sama macam watak Chegubard yang lari ikut tangga belakang untuk mengelak dari ditangkap PDRM sewaktu demo BERSIH 2.0. Dua kali lima dengan Shamsul Kemetot yang terkencing di dalam seluar disergah Pemuda UMNO ketika PRK.


dipetik dari blog CUCU TOK SELAMPIT

0 comments:

Catat Ulasan