Lepas Bob Lokman... Bob Kuman Pulak Nak Join PAS???



Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman. Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital.

Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.


Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

-MEDIA PERMATANG PAUH-

0 comments:

Catat Ulasan