Nurul Izzah Nak Kroninya Dapat Projek??



Satu tanda tanya berkaitan dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni. Kenapa dia beria - ia benar nak Mimos Berhad menyemak semula senarai daftar pemilih?

Apa yang membuatkan dia nak sangat senarai tersebut disemak dan disahkan oleh syarikat tersebut? Apa kelebihannya jika ia disemak oleh syarikat terbabit?
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC) supaya melantik Mimos Berhad bagi membersihkan dan mengesahkan senarai daftar pemilih.


Katanya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu pertemuannya bersama beberapa pemimpin PKR dengan pengarah pilihan raya SPR Wilayah Persekutuan, Shafie Taib pagi ini.



Ahli parlimen Lembah Pantai itu mendakwa perkara itu berdasarkan minit mesyuarat yang dihadiri Shafie dengan SPR pusat, tanpa dijelaskan alasan penolakan cadangan PSC itu atau syarikat yang menggantikan Mimos.



Nurul Izzah menyuarakan kebimbangannya berhubung pangkalan data pusat SPR dan sistem yang menghubungkan antara sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR yang didakwanya "tidak terkini dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu dirungkaikan".



"Kami dimaklumkan dalam pertemuan SPR yang terbaru, (mereka) memutuskan Mimos tidak akan digunapakai sebagai syarikat yang akan mengesahkan daftar pemilih.



"Ini amat membimbangkan. Cadangan PSC ditolak setakat ini oleh SPR, supaya Mimos sebagai badan pengesahan (senarai nama pemilih)," katanya dalam sidang media selepas pertemuan tersebut di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pagi ini.
Sebelum ini, seperti kebiasaan, senarai pemilih yang dikeluarkan oleh SPR akan disemak semula oleh parti - parti Politik. Hasil semakan tersebut akan dihantar semula kepada SPR.

Tidakkah cara itu lebih Bersih dan Telus daripada memberikannya kepada sebuah syarikat swasta? Adakah itu caranya mereka nak membersihkan senarai nama pengundi?

Kenapa Si Nurul Izzah ni tak nak terima cara yang sudah sekian lama digunapakai oleh SPR jika dia benar - benar mahu senarai tersebut dibersihkan?

Adakah PKR atau mana - mana parti dalam Pakatan Pembangkang tu terlalu MALAS nak semak sendiri daftar pemilih tersebut?

Kalau dah MALAS, jangan la sibuk - sibuk nak mempertikaikan pasal kerja - kerja orang lain!!! Buat je kerja tu sendiri!!! Nak suruh orang lain buat menda kejadahnya pulak!!!

0 comments:

Catat Ulasan