Gempar!! Kit Siang Dinamakan Pengganti Anwar... Haji Hadi Berputih Mata??
Jika dilihat daripada sinario sekarang, orang yang paling berpengaruh dalam Pakatan Haram selepas Anwar ialah Lim Kit Siang kerana apa saja keputusan yang hendak dibuat oleh pakatan haram perlu mendapat persetujuan Kit Siang terlebih dahulu, kemudian barulah persetujuan Hadi Awang.
Jadi siapakah yang paling layak untuk mengepalai pakatan haram selepas ketiadaan Anwar? Adakah Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng?
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pengganti sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan didapati bersalah berhubung dakwaan kes liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian Online semalam, Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) bersedia dari segala kemungkinan termasuklah senario ketiadaannya selepas keputusan kes diketahui Isnin ini.
Namun Anwar enggan menamakan seseorang kerana menyifatkan ia adalah tindakan kurang bijak sekiranya calon penggantinya diumumkan sekarang.
“Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang, namun PR sentiasa bersiap sedia dengan semua pilihan.
“Ketiadaan saya bukan hanya bermaksud saya di dalam penjara, kemalangan juga boleh terjadi, jadi saya akan umumkan pengganti saya selepas 9 Januari,” katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa pengganti itu nanti semestinya mendapat sokongan ketiga-tiga parti komponen PR dan boleh ditonjolkan dengan baik serta diterima rakyat.
“Kita kena bersedia dan siapkan pemimpin ini, kita akan ‘grooming’ dengan sebaik-baiknya dan isi kepimpinan kita,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan