Panas!! Lagi Bantahan Terhadap Demo #BebasAnwar901!! #Justice4Saiful901


Wakil dari persatuan dan kelab masing-masing berkumpul


Yeahh.. Pergi mampus sama Anwar..


Lagi laporan polis dibuat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia kepada rancangan berhimpun mendesak keputusan mahkamah supaya membebaskan Anwar.

Wakil-wakil dari Pemuda Umno Bandar Baharu, Majlis Belia Daerah, Kelab belia India, Gerakan dan Perkasa turun padang membantah perhimpunan bebaskan anwar yang bakal berlangsung pada 9 Januari 2012 di hadapan mahkamah.


Para wakil NGO dan parti komponen BN, merasakan ianya tidak wajar di lakukan dan biar nasib Anwar di tentukan oleh mahkamah. Malah mereka merasakan perhimpunan ni umpama ugutan dan tidak hormat pada undang2 yang sedia ada.

Jurucakap pada kumpulan ini Tuan Helmi Bin Khan, AJK UMNO Kulim Bandar Baharu. Mewakili kumpulan,  merayu supaya pihak berkuasa tidak keluarkan sebarang permit pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Mereka menganggap perhimpunan itu bukan bertujuan untuk berhimpun secara aman, ianya bertujuan untuk membuat kacau dan mendesak mahkamah.

Jikalau kita tunduk pada mereka, ini bermakna undang-undang negara boleh di permainkan. Majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan perhimpunan. Anwar bukanlah manusia istimewa, beliau perlu ikut undang-undang jika didapati bersalah.

Mereka juga berharap Menteri KDN jangan terlalu berlembut, kerana kes ini ditangguh terlalu lama. Kita terlalu memberi muka terhadap Anwar sehinggalah ia seolah-olah berkuasa untuk ketepikan undang-undang negara.

Rakyat melihat segala tindakan kerajaan. Rakyat mahu kerajaan bertindak tegas untuk menjaga keamanan negara. Pedulikan golongan manoriti yang mahu membuat kacau, utamakan rakyat Malaysia yang lain, golongan senyap yang cintakan keamanan.

Mc pun menyokong apa yang Tuan Helmi ni katakan. Jangan sampai rakyat melihat kerajaan sekarang lemah untuk kuatkuasakan undang-undang.

Mereka ini sudah terlalu 'lemak' untuk di manjakan. Undang-undang ada, cuma tidak digunakan dengan sebaik mungkin.



0 comments:

Catat Ulasan