UMNO - Majlis Penghargaan Media


Malam tadi UMNO anjurkan majlis penghargaan media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di PWTC. Lebih kurang 1000 pengamal media arus perdana dan sosial hadir.


Presiden UMNO DS Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada media yang membuat liputan manakal wakil jurucakap media pula mengucapkan penghargaan kepada pengurusan UMNO yang menyediakan kemudahan terbaik dalam sejarah PAU dengan penyediaan tempat dan kemudahan media yang dikenali sbg LAMAN MEDIA.

Beberapa anugerah disampaikan antaranya artikel dan video terbaik. Banyak hadiah 'Lucky Draw' disediakan. Pertandingan karaoke terbuka juga ada. 

Turut hadir adalah Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli MT.

Sebelum ini, pengurusan UMNO menganjurkan UMNO XPLORACE yang menawarkan hadiah lumayan.

Terima kasih UMNO yang menghargai peranan media terutamanya blogger picisan seperti kami :) makanan paling best sekali buah manggis :)

dipetik dari blog MINDA-HIJRAH

0 comments:

Catat Ulasan