Pandangan Mahasiswa Tentang #BebasAnwar901
PADA HARI INI KB NAK MENYENTUH SEDIKIT TENTANG PERHIMPUNAN 901 YANG DIADAKAN UNTUK MENYELAMATKAN DATUK SERI ANWAR. TAPI, KB CUBA MELIHAT DARI PERSPEKTIF MAHASISWA DAN BUKAN DARI KACAMATA MAHAsewel....HUHUHUHU
JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI.
1. CHE WAN RAFFEEZUDDIN ( MAHASISWA UITM, SHAH ALAM )
"Demonstrasi jalanan bukan ajaran Islam, ini berdasarkan hadis nabi yang berbunyi :“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?” Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]. Selain itu juga,Perhimpunan 901 seolah olah tidak menghormati rukun negara yang ke-4 tambahan lagi perhimpunan ini juga terdapat konspirasi dan tidak mengikut undang-undang. "
2. ANAS MISBAHUDIN ( MAHASISWA UniSZA, TERENGGANU )
"Perhimpunan ini memang tidak wajar sebab meruntuhkan institusi kehakiman negara ini dan tidak menghormati perlembagaan yang telah termaktub. kita sebagai mahasiswa yang berpengetahuan tinggi, perlu melihat beberapa kejadian yang berlaku diluar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ianya gagal menyelesaikan masaalah sebaliknya hanya merosakan harta benda awan. Mahasiswa perlu merenung dan berfikir sejenak, jangan terlalu ikutkan hati. janganlah terlalu terikut trend berdemonstrasi dan mengejar populariti. Semua masyarakat khususnya mahasiswa perlu lebih berkiran matang dan rasional sebelum menjalankan sebarang tindakan. gunakan medium yang betul dan tepat selaras dengan perlembagaan yang membolehkan rakyat bebas bersuara."
0 comments:
Catat Ulasan