Well Said... Anwar Sendiri Akui Dia Liabiliti Untuk Pakatan Rakyat!!



"Pakatan akan menjadi lebih kuat jika saya dipenjarakan!" itu pengakuan Anwar menjelang perbicaraan 901 melibatkan kes liwatnya, yang tiada ruang untuk dia melepaskan diri memandangkan tiada alibi pembelaan yang kukuh untuk dia dibebaskan.

Signifikasi dari pengakuan itu Anwar secara tidak langsung mengakui dirinya merupakan alibi dalam Pakatan Rayet, dengan isu & skandal yang tak kunjung sudah untuk pihak lawan menyerang.

9 Januari ini petanda awal Anwar melewati zaman kejatuhan. Saat lawan makin mencemuh dan kawan sendiri makin menjauh.

Spekulasi yang dimainkan oleh Azmin dan beberapa orang pemimpin lain dalam Pakatan; seramai 100,000 orang akan datang memberikan sokongan kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta adalah perangkap untuk Anwar sedar dirinya sudah tidak lagi relevan.

Itu hakikat yang terpaksa Anwar telan sekiranya tidak sampai 1,000 orang penyokong datang pada hari tersebut.

Well said! Bila Anwar sendiri mengakui dirinya bukan siapa-siapa lagi, mungkin Pakatan Rayet terpaksa mencari sosok baru untuk dicalonkan sebagai PM sekiranya angan2 menakluk Putrajaya tergapai. Jika tiada calon selayaknya dari dalam Pakatan, terpaksa juga 'mengimport' pemimpin-pemimpin terpinggir dari UMNO... Tengku Razaliegh mungkin?? 


sumber::- BLOG 1PELURU

0 comments:

Catat Ulasan