Bila bumi dipijak milik orang — Nurul Anuar Kari February 03, 2012
3 FEB — Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini. Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.
Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri. Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada “tuan tanah baru”, seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.
Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah “diambil alih” akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi. Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia. Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.
Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti. “Jatuhnya” sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara. Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan Bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.
Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu. “Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.
“Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara,” katanya. Menurut beliau, golongan yang “tidak kisah” ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak. Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.
“DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara. “Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita,” tegasnya. Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
“Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu. “Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari,” ujarnya. Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.
“Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak. “Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita,” jelasnya. Selain itu, beliau turut menegur usaha Umno terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.
“Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang Umno kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda. “Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar,” katanya.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi. “Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti. “Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing. “Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi). “Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada,” jelasnya.
Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri. “Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi. “Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam,” tegasnya. — Utusan Malaysia
TASIK KENYIR JANA EKONOMI TERENGGANU
-
Tasik Kenyir terletak di tengah-tengah Negeri Terengganu, dan merangkumi
lebih daripada 260 kilometer persegi, Tasik Kenyir adalah tasik buatan
manusia y...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG
-
Puak puak ni makin rasa besar kepala sekarang ni. Belum jadi kerajaan lagi
dah tunjuk betapa racisnya mereka ini terhadap kaum lain. Terang terangan
men...
Mohon @PDRMsia Mengambil Tindakan Keras.
-
Bukan main aktif pulak puak-puak dajjal ni menjalankan kerja keji dekat
media sosial ni. Aku pon hairan kenapa mesti kene buat benda macam ni.
Negara kita ...
Naib Canselor Universiti Malaya Letak Jawatan?
-
Assalamualaikum.
Hari ini Middle Voices mendapat info bahawa Kumpulan Pelajar UM8 yang
berkhemah bak gelandangan di luar pintu pagar Universiti Malaya tela...
Pilihanraya Kampus (PRK) Kembali Ke Kampus Anda
-
PRK 2013 kini mula menerjah ke seluruh IPTA. CST yang sudah lama tidak
menulis kini kembali melaporkan keadaan-keadaan kampus yang akan dan
telahpun melalu...
HOT: Tarikh Pilihanraya Kampus Terbongkar
-
SMS rasa majoriti pelajar dah tahu mengenai tarikh pilihan raya
kampus(PRK), tapi yang peliknya. surat khabar mana yang keluarkan tarikh
ini? jika ada da...
PELAJAR TUNJUK PUNGGUNG TAMPIL MINTA MAAF!!!
-
salam semua, budak biadap nak mohon maaf kat PM. Agak-agak lah bro biadap
sampai macam tu!!!
Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melo...
# TUSUK 28 # Pelajar UPSI Jatuh Bangunan ???
-
AL FATIHAH
Fatimah Mina Binti Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Minor Bahasa Arab
Berasal dari Bakri , Muar
PNGS 3.57
Marilah k...
MetaMask Security Warning
-
[image: Logo] MetaMask Security Warning
We noticed a change in your recent activity. To continue using your access
securely, please confirm your session...
Business Proposal
-
--
I am Mr. Taras Volodymyr from Ukraine, i am a successful business man here
in Russia.
I found you very capable of handling this huge business magni...
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
-
SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan
tirainya. Se...
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
Sebar Semula !! Penysrah di label Bodoh oleh PH
-
Forum Statut Rom kecoh
Shakira Buang
4-5 minutes
------------------------------
Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur
...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
-
Ini disertakan beberapa BUKTI dan Link kenyataan- kenyataan berkaitan
Pakatan Harapan bersekongkol dan menyokong LGBT.
http://www.malaysia-today.net/musl...
Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.
-
*2 Ogos 2016* - Hebat mana sangat parti dedak yang bakal diasaskan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tu??? Mampu menggegarkan seluruh
dunia ...
AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)
-
Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin
Ali?
Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan...
6 Projek setakat Ini Kuala Besut
-
Salam 1 Malaysia...
Apa Khabar warga Kuala Besut..? jangan lupa ya..Nanti Undi BN untuk
memudahkan kami merealisasikan projek-projek yang kami janjikan....
SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
-
Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia
teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis
dibela...
BloggerUMNO
-
asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media
UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk
tnjukn pada...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
0 comments:
Catat Ulasan