Hadi Awang Belasah PKR !!!

Pakatan Rapuh terus bergeseran sesama sendiri bilamana PKR lantang menyatakan ingin menambah kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihanraya Umum ke13 akan datang....


'Kena kaji semua sudut', Hadi jawab PKR
MOHD AZLIM ZAINURY24 Mac 2012 
MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar “berpengaruh dan layak” untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.
“Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.
Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini, bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari ‘Somalia’.
“Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh.
“Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan,” kata beliau.
Pada PRU12, PKR meletakkan beberapa calon dari luar Terengganu. Pas dan PKR merupakan komponen PR. Satu lagi komponen ialah DAP.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa soal meletakkan calon bertanding pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini, akan berdasarkan kepada keperluan kawasan masing-masing.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Pas sudah menentukan calon-calon yang akan bertanding kali ini, Abdul Hadi berkata, Pas ada menerima beberapa nama bakal calon dari beberapa tempat, dari seluruh negara dan akan memutuskan calon terbaik, yang dapat memberi kemenangan, sekali gus memikul amanah.
Sehingga kini menurutnya, kerusi Pas adalah terbanyak ditentukan dalam Pakatan Rakyat.
“Dalam pilihan raya 2008 pun Pas tumpu negeri. Pas dapat 82 kerusi, Keadilan 40 kerusi menang, DAP 70 kerusi dan Pas memimpin tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak, DAP memimpin Pulau Pinang dan Keadilan memimpin Selangor,” katanya.
Beliau kemudiannya menegaskan, apa yang paling penting dalam PR adalah dapat melaksanakan mesej diperjuangkan dan tidak menjadi masalah bagi Pas jika calon PKR Terengganu bertanding di negeri itu sekiranya calon terbabit didapati layak. SUMBER


Usaha kumpulan PARASIT dalam PAS untuk menguasai PAS atas nama Anwar Ibrahim terus mendapat tentangan HEBAT daripada kumpulan ULAMA dan Presiden...

Nampak sangat kerakusan PKR dan PARASIT PAS yang kian menular disemua tempat dalam Parti tersebut... Anwar dianggap lebih berkuasa daripada HADI... Walaupun, dahulunya semasa Anwar dalam kerajaan dialah MANUSIA yang sangat menentang DASAR PAS... Apakah Muslihatnya? yang Jelas, ini hanyalah memberi kekuatan kepadanya yang terus berangan-angan untuk jadi Perdana Mentari Malaysia....

SUMBER : JOMO MALAYA

0 comments:

Catat Ulasan