Kadiaq Harap DS @NajibRazak Pujuk Dia Join UMNO Semula?? Kah! Kah! Kah!


Kadir Sheikh Fadzir hantar surat letak jawatan dalam UMNO

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai anggota UMNO kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Abdul Kadir berkata, minggu lepas, beliau melepaskan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Kedah, iaitu jawatan terakhirnya dalam UMNO.

"Selain memegang jawatan menteri dan timbalan menteri, saya pernah menjadi anggota pentadbiran kerajaan selama 30 tahun dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Parlimen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menjadi anggota UMNO selama 56 tahun sejak menyertainya pada 1956 dan sepanjang tempoh itu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan seperti Exco Pemuda, Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pelbagai jawatan lain. -UM

0 comments:

Catat Ulasan