PAS Kelantan Dilabelkan Sebagai Pengkhianat Bangsa Oleh Rakyatnya Sendiri? Sudah Tiba Masanya Untuk @nikabdulaziz Berundur!!!!




Rakyat Kelantan tidak dapat menerima tindakan kerajaan Pas negeri yang didakwa telah memajakkan tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera kerana menganggap perbuatan itu mengkhianati bangsa sendiri.

Tinjauan sumber mendapati, rata-rata rakyat Kelantan yang ditemui menyifatkan, tindakan kerajaan Pas tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.

Seorang penjawat awam, Mohd. Rashidi Zakaria, 36, berkata, tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan kerana ia melibatkan kepentingan kaum Melayu sendiri.

Selain mampu memberi kesan kepada nasib orang Melayu terutamanya golongan miskin, tindakan tersebut juga katanya, dilihat telah menutup ruang kepada pengusaha-pengusaha Melayu di Kelantan.

SUMBER : UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan