Sah Anwar Pro-Israel... Hamas Nafi Pendirian Mereka & Anwar Selari!! cc- @NajibRazak



Penafian Hamas Bukti Anwar Sebelahi Israel - PM

KOTA BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penafian Hamas bahawa ia mempunyai pendirian selari dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kenyataan Ketua Pembangkang itu yang menyebelahi Israel.

Perdana Menteri berkata kenyataan Anwar nyata bertentangan dengan pendirian Hamas yang memperjuangkan hak rakyat dan negara Palestin.

"Dia (Hamas) tolaklah sebab kenyataan Anwar itu memang menunjukkan dia (Anwar) lebih memberi keutamaan kepada keselamatan negara Israel berbanding perjuangan orang Palestin yang ditindas dan dizalimi (rejim Israel) selama ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Najib mengulas kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas Dr Mousa Abu Marzook semalam yang menafikan pendirian pertubuhan itu selari dengan Anwar yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan Israel.

Dr Mousa dipetik sebagai berkata bahawa pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis.

Anwar sebelum ini mendakwa pemimpin Hamas Khalid Mashal menerima baik penjelasannya berhubung kontroversi berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin itu di Qatar.

Najib berkata pendirian kerajaan terhadap Israel adalah konsisten sejak sekian lama dan ini terbukti melalui surat-surat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kepada tiga bekas pemimpin negara itu.

Kandungan surat itu antara lain menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel dan tidak pernah menyokong negara itu mahupun perkara berkaitan negara itu. BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan