Shaberi : "Mahfuz Sakit Otak, Buat Fitnah!!"



Mahfuz dicabar bukti dakwaan

KUALA LUMPUR 2 Mac - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dicabar mengetengahkan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya Kementerian Belia dan Sukan membiayai program kendalian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang rancak berjalan di seluruh negara ketika ini.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan kebudak-budakan, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berharap Mahfuz membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat supaya kedua-dua mereka dapat berdepan bagi mendapatkan penyelesaian.

Beliau yang hairan dengan dakwaan tersebut bagaimanapun menganggap ia merupakan taktik lapuk digunakan pembangkang yang sengaja mencetuskan isu bagi menutup kelemahan sendiri terutama krisis kepimpinan Pas di Kedah.

"Pada saya dakwaan ini hanya menunjukkan yang beliau mempunyai masalah otak dan memerlukan rawatan psikiatri. Dakwaan itu adalah pembohongan tidak berasas yang bersifat kebudak-budakan.


...

0 comments:

Catat Ulasan