Tema #AmanKampus ii : Suara Sebenar Aspirasi Mahasiswa.. Bukannya Macam Mahasiswa #ProPembangkang !!!
Setelah selesai siri pertama
KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.
Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan
ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2
JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan
MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.
Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta
JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri.
Sebelum menyerbu kampus-kampus di pelusuk Utara esok,
JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di
Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn.
Untuk laporan aktiviti-aktiviti
JELAJAH AMAN KAMPUS yang telah diadakan pada minggu lepas, boleh dirujuk di blog
HARAPAN-ESOK [KLIK]
Siri JELAJAH AMAN KAMPUS kali ini juga agak menarik kerana menampilkan bekas mahasiswa yang pernah berjuang dengan kumpulan mahasiswa PRO-PEMBANGKANG yang kini telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh kumpulan minoriti itu sebenarnya tidak membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, sebaliknya kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG ini dijadikan alat oleh parti politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG mula mengirimkan sms ugutan kepada pelajar ini, tetapi walaupun menerima ugutan dan ancaman. Pelajar ini tetap akan meneruskan JELAJAH AMAN KAMPUS kerana beliau tidak lagi rela dirinya diperkudakan oleh parti politik pembangkang!
0 comments:
Catat Ulasan