Tol Akan Dimansuhkan?? Wahhh, Bestnyerrrrrr !!!


Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.

Berhubung Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus. - MPP ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan