Anwar Ibrahim Terkedu Bila Dengar Fatwa Dr. Yusuf Al-Qarwadi Tentang LGBT



Anwar Ibrahim, Ambiga 'pejuang murtad' dan gerombolah pencinta LGBT menerima tamparan hebat hari ini apabila ramai pihak bangkit mempertikaikan kerasionalan pihak tersebut menyokong kesongsangan LGBT.

Di antaranya ialah Nasharudin Mat Isa PAS :

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi berhubung amalan LGBT, umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal dan penyokong seks songsang.

Apatah lagi jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut. - UM
Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim sering menggunakan nama Yusuf Al-Qardawi untuk menyenangkan politik beliau tetapi fatwa ulama tersohor seperti di atas dengan sekaligus meranapkan kepercayaan rakyat terhadap ketua pakatan haram pembangkang itu.

Kita jangan sekali-lagi terlupa dengan jawapan kontorversi Anwar Ibrahim yang telah memberikan satu jawapan yang sangat memalukan umat Islam kepada satu soalan mengenai golongan-golongan luar tabii dan LGBTs semasa Q&A di Yahoo!News pada bulan Mei tahun lepas.

Rujuk skrip di bawah :-

Yahoo! Malaysia Editor : Could Lesbian, Gays, Bi Sexual and Transgender (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - spesific to them and not other minorities. if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo!Newsroon (Malaysia)

Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other.The answer is through education and PAS accept this view.
Respons Anwar brahim yang tidak menyakinkan, cakap-cakap politik dan berdolak-dalih tentang isu golongan LGBTs merupakan satu respons yang menyokong kewujudan LGBT.

Kita tentu jijik apabila Anwar brahim melihat lesbian dan gay sebagai hak dan bukannya dosa besar. Beliau seorang Islam tetapi masih mahu menginterpretasikan lesbian dan gay sebagai perkara normal dan tidak patut diskriminasi hak mereka.

Malah, Anwar Ibrahim memperalatkan nama PAS yang didakwa menyokong aspirasi songsang Anwar Ibrahim!

Sekarang parti PAS bercadang pula untuk bersekongkol sekali lagi dengan Ambiga yang turut aktif di dalam Seksualiti Merdeka dan LGBT! - Dr. MiM

0 comments:

Catat Ulasan