[FOTO] : "Jika Mahu Lihat Mahasiswa Yang Sebenar, Datang Ke Kolej Za'ba" - @razaliibrahim



Bangi 22 April - "Jika mahu melihat mahasiswa yang sebenar, datang ke kolej Za'ba" - kata-kata yang diluahkan oleh Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia & Sukan ketika menyempurnakan majlis penutup Karnival Premier Za'ba yang berlangsung di Kolej Pendita Za'ba Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.



Karnival Premier Za'ba atau ringkasnya 'Kapreza' merupakan karnival keluarga dan acara tahunan yang diadakan besar-besaran di kolej itu serta diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa yang menghuni di kolej berkenaan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Karinal yang bertemakan "Aspirasi Pencetus Tranformasi" itu berjaya menarik lebih 3000 penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia itu, turut dihidangkan dengan mini konsert yang membariskan beberapa artis popular tanahair sebagai acara kemuncak karnival yang diadakan malam tadi.

Dalam ucapannya juga Dato Razali Ibrahim yang mana merupakan bekas pelajar di universiti berkenaan, meminta para mahasiswa sentiasa rasional dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak. - YY


Foto sekitar Majlis Penutup 'Kapreza' :



















1 comments:

Catat Ulasan