Undang-Undang Ganti ISA Diluluskan !!


Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertujuan melindungi Malaysia daripada terdedah kepada ancaman pengganas diluluskan di Dewan Rakyat hari ini tanpa sebarang pindaan.

Rang undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September tahun lalu itu diluluskan petang ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selesai menggulung perbahasan.

Menurut Mohamed Nazri, ia merupakan suatu undang-undang yang berbeza dan tidak boleh disamakan dengan undang-undang jenayah biasa. - UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan