A.Samad Said Kutip Derma Untuk Bayar Saman #Bersih ??


Pengerusi Bersama BERSIH melahirkan rasa syukur dan lega kerana rakyat sudi menghulurkan dana membantu membayar segala jumlah kerugian yang ditanggung kerajaan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Datuk A. Samad Said berkata, jumlah kerugian sebanyak RM220,000 yang patut dibayar oleh penganjur bersih, Datuk S. Ambiga akan dikumpul dari sumbangan bersama rakyat.

“Sekarang ini, sudah ramai yang ghairah untuk memberikan dana kepada kami. Cuma, kami nasihatkan dibekukan dahulu pemberian sumbangan itu.

“Sebab kami akan berbincang dulu apa cara dan sebagainya bagaimana menerima dana itu. Kami tidak mahulah dana atau wang itu datang secara bersepah,” katanya dalam sidang media ringkas yang diadakan di hadapan rumah Ambiga di sini hari ini.

Kenyataan itu turut disokong oleh Ambiga yang menyatakan cara-cara sumbangan dana boleh diberikan dengan langkah-langkah yang akan disediakannya.

“Kami ingin berbincang dengan peguam kami dahulu. Saya harap, rakyat sabar dan tunggu dahulu penyediaan ‘guideline’ untuk memberikan sumbangan kepada kami yang akan kami letak dalam internet nanti.

“Semuanya nanti akan ada dalam ‘guideline’ itu tentang memberi sumbangan membayar balik segala kerugiaan dalam Bersih 3.0,” kata Ambiga.

Semalam, media melaporkan Ambiga dan A. Samad Said telah disaman oleh pihak kerajaan diatas kerugiaan sebanyak RM220,000 yang ditanggung dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu. - MyNewsHub

0 comments:

Catat Ulasan