#Bersih 4.0 : Polis Yang Jaga Keselamatan Pun Disalahkan Ambiga??


Suasana ‘panas’ makin terasa depan rumah Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan bantahan Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur yang dijangka akan diadakan di situ.

Tinjauan mendapati dari polis dan penguatkuasa DBKL sudah pun berkawal di Jalan Setiakasih 1 Bukit Damansara sejak pagi tadi.

Ramai wartawan dan jurugambar standby, kerana ada cakap-cakap bakal berlaku ‘pertembungan’ antara dua kumpulan yang anti dan pro Bersih.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga ditutup mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi menghalang peserta ‘Bersih 4.0′ yang juga ahli Majlis Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur.

Peniaga-peniaga itu mahu mengadakan pasar malam mulai jam 4 petang ini.

Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Yunus berkata, mereka akan teruskan rancangan mengadakan pasar malam di jalan menuju ke rumah Ambiga dan akan berkumpul pada jam 4 petang bersama 60 peniaga yang telah bersetuju menyertainya.

“Kami akan turun pada pukul 4 petang ini seperti yang dirancangkan dan diuar-uarkan sebelum ini.

“Saya juga tahu pihak DBKL dan polis sudah mengawasi kawasan rumah Ambiga sejak beberapa hari lalu,” kata Jamal yang dipetik dari Sinar Harian.


Dalam pada itu, 60 tapak gerai, yang disediakan oleh majlis tersebut awal minggu ini menggunakan cat kuning, telah dipadamkan oleh DBKL.

Manakala sebuah Malaysiakini melaporkan kumpulan pro-BERSIH WargaAman juga akan berkumpul awal petang ini bagi menyatakan sikap mereka.

Selain itu, pengerusi bersama BERSIH Datuk Samad Said turut kelihatan di rumah Ambiga untuk memberi sokongan kepada rakannya itu


Sementara itu Ambiga berterima kasih kepada polis dan DBKL yang memadamkan tanda lot niaga depan rumahnya dekat ibu negara yang ditandakan kumpulan anti-BERSIH dan memantau keadaan di situ.

“Sebagai kredit, mereka (DBKL) berada di sini tanpa henti, begitu juga polis.

“Saya berterima kasih kerana memberikan perlindungan hingga ke tahap ini,” kata pengerusi bersama BERSIH itu pada Malaysiakini.

Kesimpulannya, abang polis kita juga yang mereka cari…. - MyNewsHub

0 comments:

Catat Ulasan