Beranikah Peguam Negara Si Ghani Patail Dakwa Perusuh #Bersih?


Rusuhan di ibukota yang dilakukan oleh NGO haram BERSIH 3.0 tempoh hari telah mengundang kemarahan pelbagai pihak. Disebabkan pendekatan lemah-lembut yang digunakan kerajaan terhadap kumpulan ini natijahnya bandaraya Kuala Lumpur rosak akibat perbuatan gila perusuh-perusuh ini.

Tidak cukup dengan itu kenderaan milik PDRM dirosakkan, anggotanya diserang sehingga mendatangkan kecederaan. Perbuatan puak 'pelampau' di Malaysia ini semakin keterlaluan bermula dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 dan kini mereka mengugut pula untuk mengadakan Bersih 4.0.

Tetapi mereka yang keliru segera menuding jari menyalahkan Menteri Dalam Negeri, walhal kuasa untuk membuat pendakwaan bukan di bawah bidang kuasa kementerian tersebut. Sebaliknya individu yang layak didesak sekarang Peguam Negara Ghani Patail yang mana DS Nazri Aziz merupakan menteri bertanggungjawab.

Dalam kes Bersih 2.0 daripada beribu tahanan hanya 29 didakwa dan dijatuhkan hukuman, itu pun hukuman yang ringan. Manakala tahanan yang lain hanya dirakam kenyataan, selepas itu mereka diberikan nasi briyani, duduk di kerusi empuk, lalu dihantar pulang menggunakan bas PDRM.

Tonton paparan video di bawah (layanan PDRM terhadap tahanan Bersih 2.0) :


Selain itu tuntutan dan laporan yang dibuat oleh peniaga dan usahawan kecil yang terjejas akibat demontrasi Bersih 2.0 dahulu pun Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan.

Tetapi berbeza tindakan Peguam Negara apabila kes-kes melibatkan UMNO seperti yang berlaku terhadap Khir Toyo, demonstrasi kepala lembu, bekas MP Labuan dan beberapa kes-kes lain lagi dan jelas begitu efisen Peguam Negara bertindak dengan menghadapkan mereka ini ke mahkamah.

Ketidakberkesanan Peguam Negara mengemukakan dakwaan serta tindakan tegas kepada puak 'pelampau' dari Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 jelas menunjukkan bahawa Peguam Negara iaitu si Ghani Patail gagal melaksanakan tugas beliau.

Untuk apa PDRM menahan perusuh ini kerana sebaiknya sahaja tiba di pusat tahanan mereka diberikan makan, dirakam kenyataan seterusnya kenderaan milik PDRM juga terpaksa menghantar mereka pulang.

Bukankah itu satu kerja yang sia-sia atau dalam bahasa mudahnya PDRM hanya buat kerja bodoh. Sebab tahan orang tetapi Peguam Negara tak mahu mendakwa tahanan tersebut di mahkamah.

Jika kejadian yang sama berulang ke atas tahanan Bersih 3.0 ini, mungkin sudah tiba masanya untuk Ghani Patail dan menteri bertanggungjawab BERUNDUR sajalah dari jawatan yang disandang! - Double-Y

0 comments:

Catat Ulasan