#Bersih : Ambiga Dilabelkan ''Lidah Bercabang'' Oleh Pengikutnya Sendiri??


perhimpunan Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga, disifatkan sebagai sebagai "lidah bercabang" apabila menjanjikan perhimpunan tersebut akan berjalan dengan aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan berkata perhimpunan yang diterajui Ambiga yang disokong pembangkang itu telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan memalukan masyarakat India di negara ini.

"Perhimpunan itu juga menjadikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjadi desperado politik kerana perhimpunan itu gagal seratus peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 26 mangsa ribut di Padang Serai pada Selasa.

Ananthan juga bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar yang menyebut terdapat anasir komunis yang turut menyebarkan semangat bencikan polis pada perhimpunan itu.

"Secara senyap atau terbuka Tun Mohd Haniff perlu mendedahkan anasir-anasir tersebut demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini," katanya.

Katanya, rakyat di negara ini yang majoritinya cintakan keamanan dan kesejahteraan amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri akan bertindak sewajarnya dalam menangani isu keganasan yang berlaku semasa perhimpunan itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau sama sekali tidak berasa bersalah kerana membiayai penyokongnya untuk menghadiri perhimpunan Bersih 3.0.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan itu yang dianggap wajib dihadiri oleh rakyat bagi menunjuk perasaan terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka.

"Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir," katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Dua hari lepas Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakui beliau membiayai dengan wang peribadinya sendiri kepada beberapa penyokong PAS dari kawasannya yang menghadiri perhimpunan itu.- Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan