#Bersih 3.0 : Adakah Lelaki Ini Dapat Memeterai Kebenaran Yang Terselindung??
Polis mungkin akan dapat gambaran sebenar kisah signal antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menjelang rempuhan Dataran Merdeka Sabtu lalu ekoran penahanan Ketua cabang PKR,Rasah,R Thangam.
Ini kerana lelaki India itu ialah orang yang kelihatan berdiri tepi Azmin dan kemudiannya membuka pagar besi penghadang dalam video insiden berkenaan yang tersebar di internet.
Sumber-sumber PKR sendiri mengesahkan Thangam memang rapat dengan Azmin.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan Selasa memberitahu polis telah menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan bagi membantu siasatan bersabit kejadian di Dataran Merdeka pada Sabtu lepas.
Tanpa menyebut namanya beliau memberitahu lelaki yang berusia 50 tahun itu direman sehingga Khamis ini.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana khianat berlaku dalam kekacauan," katanya.
GAMBAR DIATAS SEKALI - THANGAM BERDIRI DAN BERSORAK DI SEBELAH AZMIN.
GAMBAR KEDUA INI - THANGAM SEDANG TUNJUK JARI PADA AZMIN SEOLAH MINTA KEBENARAN BUKA PAGAR PENGHADANG....JUGA KELIHATAN ANWAR DI HUJUNG ATAS KENDERAAN PICKUP
Naib presiden PKR N Surendran dipetik sebagai berkata Thangam ditahan di kediamannya di Seremban Isnin malam.
Sementara itu tinjauan wartawan Agendadaily dikalangan sebilangan rakan-rakan yang melihat video signal Anwar-Azmin itu yakin rempuhan berkenaan yang mencetuskan kekecohan masa himpunan Bersih di Dataran Merdeka bermula dari signal berkenaan.
Menurut mereka dalam video itu jelas menunjukkan Thangam angkat pengadang sejurus Azmin dapat signal dari Anwar.
Waktu itu Thangam berdiri betul-betul tepi Azmin.
Kelihatan jelas dalam video itu selepas Azmin mendapat signal dari Anwar...Thangam tunjuk jari seolah minta kebenaran Azmin melakukan sesuatu, lalu dia pun terus buka penghadang dan diikuti dengan rempuhan masuk ke kawasan Dataran Merdeka.
Bagi mereka jika betul seperti dakwa Azmin beliau tidak terlibat dalam rempuhan itu mengapa beliau tidak menyekat Thangam dari membuka panghadang itu.
Dalam sidang akhbar di pejabat PKR Isnin,Azmin berdalih kononnya balasan sginalnya pada Anwar tanda beliau nak pergi berunding dengan polis.
Soalnya apa yang berlaku sejurus itu layakkah dikata lagak seseorang macam nak pergi berunding?
Atau mungkin - dari sudut jenaka - Azmin nak bawa seluruh gerombolan peserta himpunan pergi berunding dengan polis dalam kawasan Dataran Merdeka.
ia dikira jawapan yang amat buta perut tak masuk akal langsung dan seolah semua orang bodoh sangat.
THANGAM TERUS MEMBUKA PENGHADANG SEJURUS ITU....AZMIN DEKAT SEKALI DENGANNYA...MUSTAHIL TIDAK NAMPAK...JADI MENGAPA TAK SEKAT THANGAM....UNTUK MELIHAT RENTETAN JELAS LIHAT PADA VIDEO BERKENAAN DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY
Kata salah seorang dari rakan itu ,“Azmin dan Anwar nak main drama apa…dia orang ingat semua orang buta dan bodoh macam penyokong taksub mereka tu sampai tidak kenal gerak langkah mereka seperti yang jelas ditunjuk dalam video itu,
“Pleaselah jangan buat-buat bodoh…Azmin cuba jawab mengapa tidak sekat Thangam,sedangkan dia sah nampak Thamgam membuka penghadang itu.
“Ada masa awak boleh tipu... tapi dalam bab ini semua orang boleh nilai dari apa yang dilihat dalam video itu.
“Bagi saya video itu jelas menunjukkan Anwar dan Azmin bertanggongjawab,”katanya.
Dia menilai apa yang dilihatnya dalam video itu adalah aksi yang paling tidak bertanggongjawab oleh dua pemimpin pembangkang ini.
"Bagus mereka kena cekup red handed begitu....baru orang boleh kenal siapa mereka sebenarnya.
“Bagi saya nawaitu dan motif mereka jelas sekali untuk meraih keuntungan politik dari kekecohan perhimpunan itu…saya harap sangat polis bertindak tegas kali ini agar ia menjadi satu pengajaran tanpa pedulikan siapa mereka.
“Mereka ini sudah besar kepala bila melihat ramai yang datang untuk menyertai perhimpunan itu.Mestilah besar kepala dan rasa macam diri kebal kerana ada sokongan,”katanya.
Apapun ada perumpamaan popular yang patut sentiasa menjadi ingatan....sepandai pandai tupai melomoat ...akhirnya jatuh ke tanah jua -
Agenda Daily
0 comments:
Catat Ulasan