Pendakwa Perancis Dakwa Najib Minta AS$1 Billion Untuk Perimekar? Sila Tunjuk Bukti Dahulu!!
Tunjukanlah bukti tulisan tangan itu, tak boleh yang asal, berikan yang salinan.
Harga dua buah kapal selam = RM3.564 bilion (Euro1.08 bilion didarab dengan RM3.30 = Nilai Euro tahun 2002)
Najib Minta US1 bilion = RM3.8 bilion (nilai tukaran 2001)
Syarikat Perancis setuju bayar kalau ikut laporan Suaram. Ini bermakna syarikat Perancis bayar rasuah lebih pada harga kontrak.
Siapa yang bodoh = Syarikat Perancis, pendakwaraya Perancis, Malaysiakini atau Suaram?
Petikan Malaysiakini.com
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang
pegawai Thales.
Datuk Najib selaku Menteri Pertahanan yang melepaskan pembayaran selepas menerima kebenaran Kementerian Kewangan meminta RM3.8 bilion untuk projek yang bernilai RM3.564 bilion.
Satu jumlahnya tidak masuk akal. Kedua, kenapa sesiapa yang melepaskan pembayaran akan meminta balik jumlah yang sebesar itu? Bukan kah itu sengaja nak mengantung diri. Itu adalah kantoi rasuah cara paling bodoh.
Jadi, kalau ada sebarang bukti yang kononnya Najib meminta RM3.8 bilion atau USD1 bilion (nilai tukaran ketika itu), sama ada dokumen itu merupakan penipuan atau pendakwaraya di Perancis melakukan kesilapan atau diaorang ni sudah hilang akal.
Nak menipu pun pada-padalah samdol. Bodoh punya Suaram. -
My News Hub
0 comments:
Catat Ulasan