#Bersih 3.0 : Alkisah Misteri Burger Dihadapan Rumah Ambiga Yang Anda Kena Tahu!!!
Jangan ingat awak seorang saja boleh suka hati buat demo menyusah dan jejaskan periuk nasi orang lain.
Sebagai tanda protes seorang peniaga burger yang terjejas pendapatan masa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu pacak gerai burger di depan rumah bos Bersih,Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1,Bukit Damansara,Kuala Lumpur.
Peniaga itu adalah salah seorang dari empat wakil peniaga sekitar kawasan terlibat demo Bersih yang menyertai protes selama hampir sejam di situ mulai jam 2 petang Khamis.
Protes itu dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IKLHAS yang hendak menyampaikan memorendum kepada Ambiga bagi menuntut ganti rugi dan minta maaf darinya atas kerugian dialami oleh para peniaga kerana demo anjuranya.
Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.
Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah memberitahu gerai burger itu dipacak di depan rumah Ambiga sebagai lambang untuk membela nasib peniaga sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat demo Bersih.
Ini juga katanya supaya Ambiga dapat merasai sendiri kepayahan dilalui oleh peniaga bila urusan mereka terhalang kerana perhimpunan haram.
Beliau memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga beri jawapan pada tuntutan mereka jika tidak akan datang dengan ramai lagi peniaga termasuk peniaga pasar malam untuk berniaga hingga menutup seluruh jalan di situ.
Mohd Ridzuan berkata jika Bersih boleh main langgar arahan polis buat perhimpunan apa salahnya mereka bertindak protes terhadap penganjurnya.
Beliau mendakwa IKHLAS yang sejukkan hati para peniaga dan berjaya kawal perasaan mereka yang marah terhadap Ambiga dan Bersih.
Katanya jika Ambiga tunjuk degil beliau tidak teragak-agak akan bawa para peniaga dari negeri-negeri lain turun protes sama.
Ditanya mengenai kemungkinan polis akan menahannya,Mohd Ridzuan berkata jika beliau ditahan maka Ambiga juga perlu ditahan.
Katanya setakat ini 232 orang peniaga mendakwa kerugian RM200,000 pada Berih 3.0 dan sedang dalam proses kumpul lagi maklumat mengenai kerugian waktu itu manakala pada Bersih 2.0 tuntutan ialah RM817,205.
Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.
Tanpa mempedulikan secara terkumpul para peniaga rugi ratusan ribu ringgit pada hari demo Bersih ...Ambiga relaks saja kata beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.
Boleh percaya ke?...Namun ini yang dikata oleh Ambiga sendiri pasal protes itu.Beliau anggap ia tindakan tidak matang kerana ganggu ketenteraman beliau dan jirannya.
Katanya lokasi protes di depan rumahnya tidak wajar dilakukan atas sebab itu.Dakwanya ia satu bentuk [I]harrasment[/I].
Katanya inikah budaya yang mahu di lihat di Malaysia.
Cantik sekali ayat dari penganjur himpunan Bersih ini yang cetuskan kekecohan dan gugat keamanan sekitar Dataran Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya tempoh hari.
Sedangkan kerajaan tawar Stadium Merdeka agar perhimpunan berjalan aman namun tetap tunjuk keras kepala nak buat dekat Dataran Merdeka.
Bila orang lain tunjuk keras kepala kerana geram rugi mata pencarian akibat tindak tanduk mereka...sudah jatuh salah di kacamata Ambiga dan beliau kini bercakap tentang aspek undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua orang.
Kata Ambiga beliau akan buat laporan polis atas protes di depan rumahnya itu.
Sebelum itu keadaan agak tegang sikit bila ada wanita geng Ambiga nak tunjuk marah pada tindakan protes itu.
Semasa protes itu burger yang dimasak telah diedarkan kepada sebahagian mereka yang hadir termasuk wartawan.
Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga. -
AD
0 comments:
Catat Ulasan