Masalah Air Di Selangor Perlu Diselesaikan Segera!! #SaveSelangor


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah air di Selangor perlu diselesaikan segera bagi mengelak pembangunan dan pelaburan di negeri ini terbantut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rizab air yang begitu sedikit iaitu kira-kira 2.4 peratus tidak membolehkan pelaburan seperti pembukaan kilang-kilang di negeri itu dilakukan.

``Saya dimaklumkan terdapat 29 kilang yang kalau dibenarkan melabur boleh membawa jumlah pelaburan RM3.8 bilion dan 12,300 peluang pekerjaan tetapi tidak boleh diberi kebenaran (dibuka) kerana masalah air.

``Jadi projek Langat 2 perlu dilaksanakan kerana (jika tidak) Selangor akan menghadapi masalah air yang serius dan akan menyusahkan pelbagai urusan besar dan orang ramai,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana atau Jom Niaga Edisi Selangor dan Pelancaran Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah (CIF) di sini hari ini. - utusan

0 comments:

Catat Ulasan