HUDUD : Pemuda PAS Balun Karpal!!


Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini membidas tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelaksanaan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al Hiss mendakwa tindakan Karpal Singh amat tidak wajar sekali dalam menyatakan pandangan secara terbuka terhadap Abdul Hadi yang merupakan pemimpin sebuah parti politik Islam di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata sebagai Presiden Pas dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang, Abdul Hadi berhak dan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung apa jua dasar perjuangan Pas.

Raja Ahmad berkata Pas sentiasa menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP serta prinsip perjuangan parti itu, dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh Karpal Singh terhadap prinsip Pas. - utusan

1 comments:

  • QalamQabut says:
    14 Mei 2012 3:02 PTG

    Sekali lagi aku heran, pasal apa Karpal boleh cakap macam tu? Bukankah PAS dan DAP dan PKR yang lama tidur sekelambu, tak faham-faham lagi kah antara satu sama lain. Atau PAS kurang main bisik-bisik ayat quran ke telinga DAP untuk lembut hati depa?

    Dulu ada juga aku dengar Nik Aziz kata biarlah, depa baru belajar. Tapi itu berkurun lama dulu.

    So macam mana sekarang? Agaknya PAS kena ikut DAP pulak ka? Turunkan sikit demand keISLAMan yang ingin diperjuangkan itu!

    Teruskanlah usahamu wahai PAS, hembuskanlah ayat-ayat suci ke telinga DAP agar mereka insaf dan sedar, bimbinglah mereka ke jalan yang benar agar matinya mereka nanti dimasukkan ke syurga. Beri jaminan bertulis pun tidak mengapa jika mereka terlalu ragu.

    Aku doakan semoga usahamu berjaya.

Catat Ulasan