#PRU13 : BN Sudah Kenalpasti Lebih 1000 Calon Baru!!
Jeng-jeng-jeng... Jika semalam Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tanya lebih 100,000 orang UMNO di Stadium Bukit Jalil apakah mereka bersedia menghadapi pilihanraya, pada Sabtu media dimaklumkan Barisan Nasional sudah kenal pasti lebih 1000 nama calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN PRU akan datang.
Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.
"Untuk calon Umno dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri.
"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti," katanya selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Sabtu.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri melibatkan 191 bahagian Umno dan 222 Parlimen.
Beliau berkata pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh 'sumber parti' dan agensi dilantik untuk senarai akhir.
"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.
Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.
Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
"Ada yang cakap (pembubaran) esok lusa. Itu semua spekulasi. Apa yang saya tahu PM ada kenduri kahwin di Johor Baharu dan akan menghadiri graduation anaknya. Tapi apa-apa pun, kita sudah bersedia sepenuhnya bila semboyan ditiupkan," katanya. -
AD
0 comments:
Catat Ulasan