PANASSS... Dua NGO Bergaduh Depan Bukit Aman??


Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang prokerajaan dan pembangkang hampir 'bertempur' ketika secara tidak sengaja bertembung semasa menyerahkan ikrar taat setia serta memorandum kepada polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang semalam.

Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit.

Ikrar taat setia itu dilafazkan sebagai tanda menyokong penuh polis dan menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai anasir jahat yang ingin memecah-belahkan negara serta rakyat.

Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis. Ikrar taat setia dan memorandum kedua-dua kumpulan NGO itu diterima Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf. Ramli berkata sedikit perbalahan telah berlaku ketika pertembungan itu, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi dan polis mampu mengawal keadaan dengan baik.

"Pertembungan mereka adalah secara kebetulan, dan tiada kejadian buruk berlaku kerana mereka menuruti arahan polis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Mohd Ali Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri menahan ketua penganjur perhimpunan 28 April kerana telah melakukan provokasi sehingga menimbulkan huru-hara.

Dalam perkembangan berkaitan, SAMM dan 28 NGO menghantar memorandum untuk meminta polis yang terlibat dengan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan itu tampil membantu siasatan. - mStar dan MEDAN TEMPUR

1 comments:

Catat Ulasan