Papan Tanda Rumah Urut Imej Wanita Separuh Bogel Kian Berleluasa Di Selangor!!

Selalunya papan tanda atau iklan akan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah.

Dan semua PBT ini di bawah seliaan Exco Kerajaan Tempatan. Kalau di Selangor, Exconya adalah Ronnie Liu.

Jom kita tengok papan tanda yang boleh dinaikkan secara berleluasa di Selangor

Lokasi : Kota Damansara


Pergh. Perempuan berbogel sambil baring boleh dijadikan iklan di Selangor!

Itulah yang di HALALkan di Selangor.

Mari kita tengok apa pula yang diharamkan oleh Ronnie Liu dan PBT di Selangor.



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini. 

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini. 

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.
http://politik.saujanautama.net/news.php?readmore=12

Logo 1Malaysia diharamkan tapi gambar urut bogel halal. Pak Haji dalam PAS pun dok sokong gambar bogel macam ni boleh ditayangkan di tempat umum.

Itu pun PAS masukkan doa Negeri Berkebajikan dalam khutbah Jumaat. Ini bukan negeri berkebajikan, tapi BERKEMAKSIATAN!


*MyMassa percaya banyak lagi papan tanda seperti ini di kawasan anda. Anda boleh ambil gambar-gambar ini kemudian upload dalam facebook supaya rakan-rakan anda tahu inilah realitinya di Selangor bila DAP, PKR dan PAS memerintah. -MYMASSA

0 comments:

Catat Ulasan