[FOTO] : Meriahnya #TwtSahurTF - Pengerusi UMB @tunfaisal Bersahur Bersama Rakan Twitter.


Program santai dan bersahur bersama Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz bersama rakan-rakan twitternya ini merupakan satu program yang diilhamkan sendiri oleh salah seorang 'followers' beliau iaitu @SyahirMraz.

Penganjuran program santai ini bertujuan untuk bermesra dan bersahur selain mengeratkan tali persahabatan sesama pengguna twitter sempena menyambut bulan Ramadhan.

Seramai 55 orang hadir memeriahkan program sahur ini yang terdiri daripada para mahasiswa, dan anak-anak muda sekitar KL, malah ada yang datang dari Pahang untuk berjumpa dan bermesra selain membicarakan topik-topik semasa dengan suasana yang lebih santai.

Turut hadir adalah Presiden Persatuan Alumni Aspirasi Mahasiswa iaitu saudara Mohd Shahar Abdullah dan Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Saudara Razlan Rafi.

'Followers' Tun Faisal kini mencecah seramai 71,161 orang.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana di restoran Ikan Singgang sebentar tadi.

Antara foto yang dirakam lensa Unit Media Baru :




1 comments:

  • aku says:
    26 Julai 2012 pada 5:54 PG

    Tahniah!!

Catat Ulasan